Friday, October 13, 2006

Pastikan Matlamat Hidup Anda Tepat

Setiap yang lahir di dunia ini mahukan kebaikan dalam semua bidang seperti fizikal, spiritual, akal, ilmu dan hubungan antara manusia. Terutama sekali hubungan kita dengan ALlah Pencipta Sekelian Alam ini, mestilah dalam keadaan yang terbaik sekali. Kita mesti memastikan Matlamat Hidup kita tepat iaitu menjadi hamba ALlah yang kamil. Usaha ke arah menjadi manusia kamil hendaklah dilakukan berterusan sehingga kita mendekati Insan Kamil seperti yang dikehendaki oleh Maha Pencipta. Jika matlamat hidup kita tersalah arah, hendaklah kita segera membetulkannya agar kita tidak tersasar jauh daripada matlamat asal kita untuk menjadi hamba ALlah yang bertaqwa dan berbakti kepada semua manusia.
Akhirnya setiap insan akan meninggalkan dunia yang fana ini dan tiada yang dia akan bawa ke liang kubur, hanya imannya yang akan menjadi teman di liang kubur dan amal jariahnya akan menjadi bekalan hidupnya di akhirat.
Saya ingin menyeru kepada semua pemuda dan pemudi agar berpandukan kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah agar hidup kita semua mempunyai bimbingan pada setiap masa.